Monday, June 6, 2011

1024

Today ain't the 24th of October but I'm missing the night when it all started. I would wanna repeat that night, just to feel the same way I felt. I just want you to know that I'm glad to have you in my life. Regrets? None.

Tuesday, April 26, 2011

Dengus

Ayuh berlalulah kita pergi,
Menggigit minit yang laju
Namun ke mana arah tuju?
Mata-mu seakan berkabus.
Akan-ku hembus nafas percaya pada-mu

Cinta, yang disaksikan takut, gerun dan gentar.
Buat-mu, tersurat seribu makna.
Pada-ku, hanya tangisan kata.

Jawab-ku,
jari jemari ini mahu selalu digenggam-mu,
retina ini berfungsi buat menatap-mu
hati tidak layak lagi berbelah bahagi.

Andai kata ada titik noktah,
lutut-ku bakal terluka kerananya.
akal pasti tandus oleh bayang gila.

Setakat ini, roh lain tidak menarik minat-ku.

Maka, sumpah dan janji menginginkan-mu,

satu.





Iva Munira.

Monday, April 25, 2011

Botak

Jari kelingking berbalut di tepi,
menjinjit angan kesana kemari.
Siapa bicara tiada noda,
usah bohong kelak didusta.

Dari utara ke selatan,
kita berjalan tak seiringan.
Kerap mencari dosa dan pahala,
asyik terjumpa silapnya sahaja.

Cekal hati berbudi padanya
tiada balas dari kata-kata
Masa penentu segala peri
dalam diri satu janji


Janji pada Tuhan, yang Hakiki.



Iva Munira.

Monday, April 11, 2011

When?

mengikis waktu biar lambat
menghakis suhu biar dingin
mata buta kerana cahaya
bukan mentari tetapi penyuluh

yang dirasakan dingin itu palsu
yang harap waktu tidak menentu
selisih malaikat tak disedari
bersua iblis ditegur sapa

bukan sekali putih itu padam
dilitupi sayup sang hitam
kelihatan aman bahagia dia
perasaannya jauh berbeza

aku sakit mencari bala
menikmati tempoh yang ada.

jangan pergi sayang itu,
tanpanya nadi turut berhenti.




Iva Munira.

Wednesday, March 30, 2011

Sinful

Iman adalah mutiara.
Untuk digapai bukan terlalu tinggi,
tinggal mahunya sahaja dalam diri.

Mengapa rela perit begini?
Bila pasti mampu beralih.
Di tatang bagai minyak yang penuh,
neraka itu hampir buat insan.

Ya berbual tak sudah
Tanda ubahnya entah dimana
Jiwa ini sedang teriak
Mencari makna kehidupan

Mengapa disia-siakan pahala?
Asyik menonong mencari bala.
Berbual lagi berbual.
Tanda noktahnya tiada.



Kepuasan itu bukan abadi.




Iva Munira.

Monday, March 7, 2011

Guilt

Jahil, adakah diri ini jahil?
Kerana hilang sudah kewarasan.
Umpamanya sakit perit tidak pernah terbit.

Enggan sekali berbunyi sadis,
Ingin senyum bukannya menangis.

Ya embun yang membasahi malam,
matahari yang memancar bumi,
Insan ini ketandusan, masih mencari usul peribadi.

Tidak pernah berniat duka,
Malu sendiri jiwa terseksa.

Sayang aku punya cinta sejati.
Sial dan malang biar jauh pergi.
Semoga dia sentiasa di hati.





Iva Munira. 

Tuesday, March 1, 2011

Salvation

Kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai.
Namun ombak memukul lagi terpukul,
Sang insan sungguh mengecewakan.

Dicarik-carik angan untuk diolah,
Akal panjang sehingga menyimpang.
Yang putih bersih dikeruhkan kelabu,
Menambah bahana darinya sangkakala.

Masalah jangan dicari.
Kalau dicari, biar seribu erti.
Usah lengahkan masa senggang,
Allah itu Maha Penyayang.

Sang insan waras berkata-kata,
Sungguh lunak, terus lena dibuatnya.
Astaghfirullahalazim.
Semoga diberkati olehNya dengan cahaya.




Iva Munira.