Tuesday, November 6, 2012

Blues

Dalam kelam siang aku tertunduk,
merenung nasib diri yang entah kemana.
Sudah hilang-kah erti hidup?

Diri tercari-cari punca dan pengertian.
Apa guna meratap duka?
Adakah ini luka sebenarnya?

Jika diikutkan kemahuan, sudah jauh aku terbang pergi.
Namun keperluan serta yang patut, menyelubungi identiti.
Mengapa perlu terbang, sedangkan diri sudah lama menghilang?

Friday, November 2, 2012

The Art of Convincing


Beginilah adat resah-ku,
kata juga bicara yang murka.
punca setiap hiba dan duka,
sakit serta perit yang tiba.

Segalanya maju seperti bayu,
kadang ada, kadang bisu.
Bila ada jadi ribut,
bila tiada  jadi lesu.

Gigih 'tuk lenyapkan yang gelisah,
masih tak tertunduk oleh-nya.
Semakin hari semakin resah,
terus mencari mimpi yang fana.

Jangan undur ke belakang,
apa yang ada di situ?
Hanya harapan yang ternyata palsu.

Dalam kewarasan, akal melontarkan cacian.

Monday, August 20, 2012

Minal Aidil Wal Faizin


Bila melihat perihal alam,
aku tunduk tanda bersyukur.
Sungguh gelap ibarat malam,
namun mereka tetap akur.

Sejauh mana rasanya perjalanan,
setinggi langit sekalipun pendakian,
tiada apa yang mampu menidakkan,
ketulusan niat dan harapan.

Jiwa ini tumpang simpati,
mendengar khabar yang menghampakan.
Aku tahu kekuatanmu di hati,
melalui segala onak dan cabaran.

Dengan ini dihadiahkan padamu,
butir doaku pada Ilahi.
Semoga adanya tempias periku,
buatmu yang ikhlas di hati.

Thursday, August 16, 2012

Likur 27

Seperti mati ketandusan ini, 
akal celaru tak tahu berfikir.  
Ingin ditanya mengapa pergi, 
tetapi kaku tidak terbutir.


Sudah menangis teruk segala rongga,
Tinggalkan tanda di setiap hala.
Itupun terus gigih memanggil,
Ada harapan berunsur jahil.

Biar kita berhenti di sini,
doakan umur yang panjang.
Semoga datang waktunya nanti,
Bersua mata malam ke siang. 

Wednesday, August 8, 2012

24th Ramadhan

Hush.

Let us all be positive for now.

Salam Ramadhan and Salam Eid-Ul-Fitr to all.

I wish all of you a prosperous month ahead. 














Monday, May 14, 2012

Semasa

Memerhati ranjau di sebalik-ku,
terus bingung dan layu,
akal cuba setuju.

Tiada dendam mahupun dengki dalam jati diri,
sesuatu yang layak bagi-ku untuk dipuji.
Namun, bukan juga itu yang dicari,
tidak sekali kata dan benci.

Jujur diakui apa yang menanti,
yang mana bisa untuk ditemui.
Hanya ingin itu yang menjadi.


Thursday, May 10, 2012

420

Tuhan itu cinta pada-mu,
maka dihadiahkan pancaroba,
berpujangga, warna serba jingga.

Melalui-nya diperlakukan segala tindakan,
menjelaskan setiap asal dan butiran,
semoga diketahui punca dan tujuan.

Dengan ini akal dan jiwa-mu biar sepadan,
lenyapkanlah segala kemungkinan,
berjanjilah pada satu kepastian,
yakni di situ ada jalan.