Monday, November 7, 2011

Korban

Bila bicara soal Tuhan
ramai tampil cuba berbudi
Tabik aku pada kemahuan
cuma ragu riuh sendiri


Tak mungkin ada yang mampu bisu
Tak pernah mahu diam sebegitu
Semua ingin berkata-kata
Galak mereka tahu-menahu


Lepas sajalah genggaman-nya
Tiada guna mencari erti
Biar mata sahaja yang melihat
Dan hati jangan sekali mencaci


Kita serupa barangkali
Juga sama segala peri
Maka marilah berganding suara
Menyanyi biar selagu sahaja


Saban hari kian berpesan
Tinggal jadinya dari tangan
Hasilnya nanti kapan?
Jangan matinya pula menahan.

No comments: