Monday, September 27, 2010

Sweet

hipokrasi tidak bermetafora, 
metafora itu penyamaran yang klasik.
kita selesa begini; bermetafora.

Friday, September 24, 2010

Yang Mulia itu Rasa

mari semua bermain cinta, rasakan percikan suka berasmara
beradu-mu tinggalkan dahulu, biar tak bertamu janji bersatu
titis embun lagi membasahi, titis hujan sikit tak dirasai
manis buah galak diratapi, manis senyumnya dikau tolak tepi


bulan purnama janji kita setia, senada seirama selenggok gaya dan bahasa
joget seiringan, tangan tak dilepaskan, mata saling satu renungan


andai ini nasib-ku, sanggup dileraikan semua pahit
dikucup dipaut tangis-mu yang perit
siapa dia pemilik jiwa?
tepuk dada tanya selera


mari semua berbunga jiwa, berbahasa mirip yang mulia
tuturkan nada sekata, biar tak berlagu janji ada rasa
titis peluh lagi diminum, titis airmatanya diluah
manis gula habis dijilat, manis katanya dianggap kelat.

bulan purnama janji kita setia, senada seirama selenggok gaya dan bahasa
joget seiringan, tangan tak dilepaskan, mata saling satu renungan


andai ini nasib-ku, sanggup dimatikan masa silam
dihirup, dirasa tawa-mu yang suram
siapa dia pemilik jiwa?
tepuk dada tanya selera


jangan emosi itu bahasa, biar berlagu indahnya sang kata
apa saja mahunya sengketa, hapus terus dibawa bencana
saat ini aku berpantun, sesaat lagi mungkin seloka
biar janji maknanya makna, bukan hanya bahan duga.






Nikmati malam seindah hari terang



Iva Munira.

Off-black

this heart knows no pain.
this life goes through no obstacle.
but this me suffers the leftovers.

at times, i cry in silence,
and sometimes in screams.
you dare me to force myself,
to feel and to kill peace.
i fear for nothingness,
for i crave for something.
this hearts knows a challenge.
this life goes through disaster.

here, we will all meet again.
eye to eye, but no heart to heart.
i save no vengeance,
for i wish for no more.
no more everything?
oh no.
just no more you.

I decided to go white this time.


Iva Munira.

Wednesday, September 22, 2010

Zero Point

apa cerita pura-pura
menyeluk masuk minda jahiliah
kalau perlu bila perlu
bermanis muka biarpun goyah

ini zaman yang bijak pandai
jangan gila jadinya terabai
kalau perlu bila perlu
hanya kecil sudah memadai

gigit jari mengenang nasib
tepuk dahi buang yang pahit
banyak-banyakkanlah doa mu
dulu dan kini Dia yang tentu

kalau perlu bila perlu,
yang ditangisi dibuang jauh
yang ditawakan beragak-agaklah
biar serasi menang atau kalah.

sayang, semua ini mimpi.



Iva Munira.

Friday, September 17, 2010

Sentimaterialistic

hujan guruh di malam hari,
membuah resah tanpa henti.
hati ini tak pernah lena,
walau mata rapat tak terbuka.

sayang itu aku harap sayang.
terbang tinggi terbanglah melayang.

jangan ada ragu, ragu juga hatiku.
kerana kata hanyalah kata bisu.

terang bulan disuluh mentari,
tak pernah mampu bersinar sendiri.
tangan ini hanya mangsa,
dikawal minda dayus durjana.

biar sendiri mengatur salah,
biar kudrat mengaku kalah.
jahat itu aku yang punca,
bukan dia, mereka, dan semua.

cinta itu ku harap cinta.
bunga lahir berbungalah mekar.

usah segan silu, segan juga maruahku.
kerana segan, jalan tak dituju.


Kita semua telah dirancang



Iva Munira.

Farewell

Cahaya ini semakin meninggalkan,
Membawa dengannya waktu bersama.
Kalau penantian itu menyakitkan,
Perpisahan jauh lebih seksa.

Keriuhan ini mula menyepi,
Kembali pada yang nyata.
Rahmatnya tak mungkin berganti,
Tolak tepi pangkat dan harta.

Aku tahu akan inginku,
Dari dulu hingga kini.
Tak pernah berubah walaupun satu,
Jiwa itu masih di sini.

Hakikat jelasnya sangat mencabar,
Menduga kewarasan emosi.
Semua pasti dan haruslah bersabar,
Kelak sampai waktu itu lagi.

Di kesempatan ini, aku menyeru,
Biar dikekalkan ihsan yang ada ini.
Semoga dijauhkan khilafnya diriku,
Dan mendatangnya ilham di hati.

Selamat Datang Kejiwaan.



Iva Munira.

Thursday, September 9, 2010

Pre-Raya

Hari ini hari berdendang sukma,
berpantun seloka, bersuara irama.
Inspirasi lahir pada jam ke lima,
setelah tamatnya riwayat sang purnama.
Aku kagum dengan rentak-mu,
mengiringi sisi dunia dengan gaya.
Kukuh akal, hati-mu jitu,
mempertahankan asas budaya.

Memang payah untuk berlagu,
apatah lagi menyahut getaran itu.
Namun ralit kita menyanyi,
mempedulikan segala sangsi.
Mungkin kita bukan yang satu,
galak berhibur memuaskan nafsu.
Tapi yakin sucinya kalbu,
melahirkan semangat yang baru.

Jangan ditolak angan yang datang,
kerna budinya tidak tertatang.
Mimpi indah memanggil siang,
memberi tanda malam berpalang.
Aku berhujah kesana sini,
engkau berkutbah di kanan dan kiri.
Mari semua kita bertarung,
percaya apa saja dapat diharung.

Tak aku sangka datangnya cahaya,
menjadi teman di kala bahaya.
Kita berlari sambil mengejar,
mencari hakiki yang semakin pudar.

Inilah harapan-ku.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin




Iva Munira.