Thursday, February 24, 2011

Lesu

Sepantas kilat dia menyabung
Dihembus angin terumbang ambing
Segagah lautan menghadap bumi
Di sini, teguh kukuh berdiri.
Melayankan sakit punca sifat-nya
Melayang terus dalam sengketa
Jangan ada yang tak kena,
Tak lagi mampu ditebas pergi.
Biar datang sahaja kata-nya,
Asal akal terus berseri.

Digigit-nya jari jemari yang menyulam kata seni.
Apa pun yang terjadi, gigih terus berbakti.

Hidup ini adalah hidup.
Jangan diolah kerana sangsi.
Untuk berkata, sentiasa rela,
Tetapi lakukannya, tidak sekali.

Aku sama sekali tidak pernah mengerti.






Iva Munira.

No comments: