Wednesday, March 14, 2012

Gem

Lenyapkanlah anggapan-mu,
hanya kerana nasib yang tak sekata itu.
Segelap mana datang-nya hari,
Akan muncul sinar yang memberi.

Jika dilihat pada rupa-nya,
mungkin tandus sungguh jiwa.
Namun bukalah mata yang ada,
saksikan luka mereka juga.

Sekadar lara kerana cinta,
yang tak pasti hala tuju-nya,
Takkan mungkin mampu tandingi,
sakit perit tamat-nya maruah diri.





Iva Munira.

Friday, March 2, 2012

Endless


Apa jua makna-nya hidup,
jika mata mampu melihat,
telinga bisa mendengar,
akal mahir mentafsir,
tetapi hati itu buta?

Menapak semakin jauh,
langkah demi langkah,
disusuli petanda di sana sini,
tetap buntu dan hilang.

Hanyut sudahkah diri?
Aku teruskan pencarian yang tidak berpenghujung.





Iva Munira.

Saturday, February 4, 2012

Sunshine?






Apa jua niat yang disandang, aksi dan budi yang mengotakan janji.
Mungkin benar rasa ini cinta, atau datang hanya buat sementara.
Jika melihat pada cuaca, wajar untuk berbumbung sahaja.
Namun cekal tak mengenal masa, diredahnya juga asal merasa.







Iva Munira.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, January 27, 2012

Azam

I used to see myself as a useless person, with no interesting background; mine or my family's. But after some time, I have finally gained faith in what I am and what I'm capable of. You won't know it unless you try.

I'm looking forward to further my career soon; counting months now.....Feb, March, April.....and when May comes, I will be prepared to swim deeper.

I might not continue doing what I do now; might want to try something else, simply to broaden my experience in the professional line. I don't want to regret not being able to enjoy being someone productive and useful to people, hence I will fulfill my unknown dreams for the sake of enjoying life.

For all these, I thank YOU for the valuable lessons shared to me when I first opened my eyes. I still think of you sometimes, while witnessing the new generations having the time of their life, taking things for granted. And from there, I realised how lucky I am.


All the best!






Iva Munira.

Tuesday, January 17, 2012

Angry

Apa khabar dunia?
Lama sudah rasanya kita lupa.
Hingga adanya tangisan tanpa titisan hujan.

Seram sejuk oh sungguh dingin,
Ke mana perginya angin?
Turut hilang dilenyapkan hati besi tak berjiwa.

TANDUS! Terhapus segala angkuh dan bongkak,
menjadi saksi amarah dan berontak.
Terus gugup disembunyikan takut diri sendiri.

Moga ada cahaya penunjuk jalan,
Air, darat, mahupun udara.
Tidak mengira siapa, akan ada pembalasannya.






Iva Munira.

Monday, January 16, 2012

Faith

Mula melihat dunia pada jam 2 petang di tanggal 15 Januari 1988.
Maka, tahun ini aku telah meningkat usia ke 24.

2 dan 4 bukanlah angka yang besar, atau pada erti kata lainnya, aku masih muda. :)

Sungguh tidak ku-sangka akan kejutan yang mengejutkan,
dicetuskan oleh sang putera dan puteri pujaan hati.
Terasa istimewa diri buat sementara.
Syukur Alhamdulillah, masih ada yang sayang.


Akhir kata, terima kasih buat semua. Hari itu tidak mungkin akan aku lupa.





Iva Munira.

Monday, January 9, 2012

Alam

Friday night has never been this healthy and productive:






Location: Tasik Titiwangsa

We made sardine pasta with strips of cheese on top. The weather was oh so lovely, 
with the not-so-fountain-looks-more-like-a-water-rocket-fountain behind us. 
 We should do this again!





Iva Munira.