Tuesday, April 26, 2011

Dengus

Ayuh berlalulah kita pergi,
Menggigit minit yang laju
Namun ke mana arah tuju?
Mata-mu seakan berkabus.
Akan-ku hembus nafas percaya pada-mu

Cinta, yang disaksikan takut, gerun dan gentar.
Buat-mu, tersurat seribu makna.
Pada-ku, hanya tangisan kata.

Jawab-ku,
jari jemari ini mahu selalu digenggam-mu,
retina ini berfungsi buat menatap-mu
hati tidak layak lagi berbelah bahagi.

Andai kata ada titik noktah,
lutut-ku bakal terluka kerananya.
akal pasti tandus oleh bayang gila.

Setakat ini, roh lain tidak menarik minat-ku.

Maka, sumpah dan janji menginginkan-mu,

satu.





Iva Munira.

Monday, April 25, 2011

Botak

Jari kelingking berbalut di tepi,
menjinjit angan kesana kemari.
Siapa bicara tiada noda,
usah bohong kelak didusta.

Dari utara ke selatan,
kita berjalan tak seiringan.
Kerap mencari dosa dan pahala,
asyik terjumpa silapnya sahaja.

Cekal hati berbudi padanya
tiada balas dari kata-kata
Masa penentu segala peri
dalam diri satu janji


Janji pada Tuhan, yang Hakiki.



Iva Munira.

Monday, April 11, 2011

When?

mengikis waktu biar lambat
menghakis suhu biar dingin
mata buta kerana cahaya
bukan mentari tetapi penyuluh

yang dirasakan dingin itu palsu
yang harap waktu tidak menentu
selisih malaikat tak disedari
bersua iblis ditegur sapa

bukan sekali putih itu padam
dilitupi sayup sang hitam
kelihatan aman bahagia dia
perasaannya jauh berbeza

aku sakit mencari bala
menikmati tempoh yang ada.

jangan pergi sayang itu,
tanpanya nadi turut berhenti.




Iva Munira.