Friday, September 17, 2010

Sentimaterialistic

hujan guruh di malam hari,
membuah resah tanpa henti.
hati ini tak pernah lena,
walau mata rapat tak terbuka.

sayang itu aku harap sayang.
terbang tinggi terbanglah melayang.

jangan ada ragu, ragu juga hatiku.
kerana kata hanyalah kata bisu.

terang bulan disuluh mentari,
tak pernah mampu bersinar sendiri.
tangan ini hanya mangsa,
dikawal minda dayus durjana.

biar sendiri mengatur salah,
biar kudrat mengaku kalah.
jahat itu aku yang punca,
bukan dia, mereka, dan semua.

cinta itu ku harap cinta.
bunga lahir berbungalah mekar.

usah segan silu, segan juga maruahku.
kerana segan, jalan tak dituju.


Kita semua telah dirancang



Iva Munira.

Farewell

Cahaya ini semakin meninggalkan,
Membawa dengannya waktu bersama.
Kalau penantian itu menyakitkan,
Perpisahan jauh lebih seksa.

Keriuhan ini mula menyepi,
Kembali pada yang nyata.
Rahmatnya tak mungkin berganti,
Tolak tepi pangkat dan harta.

Aku tahu akan inginku,
Dari dulu hingga kini.
Tak pernah berubah walaupun satu,
Jiwa itu masih di sini.

Hakikat jelasnya sangat mencabar,
Menduga kewarasan emosi.
Semua pasti dan haruslah bersabar,
Kelak sampai waktu itu lagi.

Di kesempatan ini, aku menyeru,
Biar dikekalkan ihsan yang ada ini.
Semoga dijauhkan khilafnya diriku,
Dan mendatangnya ilham di hati.

Selamat Datang Kejiwaan.



Iva Munira.