Thursday, February 24, 2011

Lesu

Sepantas kilat dia menyabung
Dihembus angin terumbang ambing
Segagah lautan menghadap bumi
Di sini, teguh kukuh berdiri.
Melayankan sakit punca sifat-nya
Melayang terus dalam sengketa
Jangan ada yang tak kena,
Tak lagi mampu ditebas pergi.
Biar datang sahaja kata-nya,
Asal akal terus berseri.

Digigit-nya jari jemari yang menyulam kata seni.
Apa pun yang terjadi, gigih terus berbakti.

Hidup ini adalah hidup.
Jangan diolah kerana sangsi.
Untuk berkata, sentiasa rela,
Tetapi lakukannya, tidak sekali.

Aku sama sekali tidak pernah mengerti.






Iva Munira.

Wednesday, February 23, 2011

Blackout

Keruh aku memandang dunia dalam kegelapan ini.
Kerap bertanya, di manakah silap-ku?
Ternyata hakikat cukup terang,
namun silau di mata-ku.

Di sebalik suram ini,
adanya dikau sang bintang,
menyuluh simpati.

Malang sekali, sekilas pandang-ku,
dia turut menghilang pergi.
Dia juga benci pada-ku,
enggan menyinar lagi.

Di mana bisa cari pengganti,
kata hati.
Kadang ada, kadang tiada,
munculnya cahaya mengaburi lara.

Syukur itu tetap jitu,
asalkan hadir-mu di sisi-ku.






Iva Munira.