Monday, January 31, 2011

See No Evil, Hear No Evil, Speak No Evil = Do Evil?


Sudah sekian lama rasanya meninggalkan dunia berbahasa hari-harian. Jadi malam ini mari berseloka cara moden.


         Alhamdulillah. Kini aku sedang stabil menjalani latihan praktikal di sebuah agensi periklanan di ibu negara. Pada awalnya terasa ralat kerana suasana yang nyata berbeza dan profesional. Tetapi lama-kelamaan aku mula biasa dan bisa menyesuaikan diri. Aku wajib sujud syukur kepada Dia di atas kurniaan peluang ini kepada-ku. Sememangnya 'guru-ku' tegas dan tangkas menurunkan ilmu kepada anak murid-nya ini. Terima kasih SA di atas kerjasama dan ramah mesra. Aku akui betapa mudahnya aku patah semangat apabila dicemuh tetapi InsyaAllah bakal menjunjung kejayaan dengan ilmu di dada di masa hadapan.

      Cukup mengenai itu. Ingin aku berkongsi tentang hidup-ku yang serba menjadi-jadi mengikut hari. Disangkakan serik dan cukup matang, rupanya cabaran itu kental. Semakin aku lari, semakin dia mengekori. Ternyata pesan ibu itu benar belaka. Seboleh mungkin aku ingin menamatkan zaman bujang-ku dalam masa terdekat, dengan keadaan fizikal dan mental-ku yang berubah mengikut hormon setiap masa, menjadikan hidup itu lebih payah dan mencabar. Namun hidup hanya mampu dirancang, keputusannya terletak di tangan Dia. Lalu aku cuba memandang ke hadapan, dan menambah fokus pada kerjaya. Tidak aku sangka, cinta itu ada di mana-mana. Seperti yang telah dikhabarkan, aku kini kurang yakin dengan cinta. Bukan salah siapa, tetapi salah aku. Seboleh mungkin aku ingin menutup mata dan telinga, agar tidak tergoda dengan upacara zalim dunia. Aku ingin mata-ku memandang hanya dia, dia dan dia sahaja. Ahhhhhh.....mengecewakan sama sekali.

         Kalau dilihat dari segi kewangan, ternyata peri-ku ini akan kekal sama, tidak punya cita-cita. Sesungguhnya aku dan wang bukan sahabat hidup dan mati. Ibarat darah, wang itu mengalir di dalam tubuh-ku, cuma bezanya salur itu bocor, kerana wang itu terpercik keluar dan hilang tidak kelihatan. Ya hidup siapa yang tidak rumit? Usah lagi bohong dan mementingkan diri. Semuanya sama sahaja, tinggal lagi usaha dan keinginan yang berbeza.



KESIMPULAN: Tiada manusia yang mahukan hidup berpanau di mana-mana, lalu aku tanamkan harapan agar jari-jari ku dapat mengubah nasib itu, dengan bantuan akal yang jitu dan waras, serta hati yang setia dan cinta.





Iva Munira.

Frustration

Saling berucap membalas suka,
Batin ini inginkan-mu.
Sejauh mana biasa kita bertahan,
Selagi itu masih cuba mencuba.
Wahai dunia, kemam sejenak,
Saksikan peri hal anak bumi.
Memanggil datang alang kepalang.
Menolak pergi akhlak terbilang.
Jangankan tangis, apa lagi ketawa,
Kedu terdiam tidak bersuara.
Tidak terpinta sang durjana itu,
Tidak terkawal pengaruh hawa nafsu.
Sayang sekali semua bukan sayang,
Hanya kemahuan tidak terbuang.
Biar dicemuh asal ke puncak.
Ingin puas janji semarak.





Iva Munira.

Sunday, January 30, 2011

Shallow



Kita serupa.

Merenung jauh ke dalam bola mata
Berpinar-pinar urat memusingkan kepala
Memaki hamun memuaskan anggota
Terikat di situ memanggil bahana
Sedar aku akan ingin-mu
Tahu sungguh peri-mu itu
Budi bahasa menutup hakikat
Lagak batin galak bersuara
Siapa tahu apa di dalam?
Hanya saksi yang durjana.
Bagaimana dengan isinya?
Di tilik ranum tunggu gugurnya sahaja.
Singkat akal-mu. Berat perhatian itu.
Cuba tepuk dahi yang tepu,
melepaskan angin yang menjadi hantu. 
Aku salah ya aku tahu.
Di mana pula betul-mu?





Iva Munira.

Heaven or Hell?

Di atas khilaf ini,

dia berdiri saling berganding jari
merenung angkasa luas tak tersaksi
silapnya di situ terlalu selesa
walau ertinya khatam di mata.


Di atas khilaf ini,

ditolak pergi karma pemusnah
yakinnya sakit pasti akan hadir
fikirnya tak perlu berdalih lagi
semakin dicuba, semakin hampir.



Di atas khilaf ini,

segala janji memencil diri
perlahan lenyap menjadi kerdil
sayang dan cinta sayup terdengar
apalah guna hanya itu sekadar.



Di atas khilaf ini,

masih punya kesyukuran
badai yang tiba membawa harapan
bukan sekali memulihkan perasaan
cuba beransur mengalih pandangan.





Iva Munira.

Friday, January 21, 2011

FFB

Tersiat siot waras-ku menghentam nasib.
Mengeluh tak sudah menghina diri.
Diperhatikan jalang sekeliling,
Jalang sendiri buta hati.

Siapa aku untuk berkata?
Apatah lagi untuk menduga?
Hey kasih-mu disini,
meminta peribadi simpati.

Usah dirapatkan alis mata
Jangan kemam bibir tak bersuara.
Tiada gunanya berpura-pura,
Kita semua tahu apa cerita.

Aku bukan malaikat pelindung,
Bukan juga syaitan durjana.
Minta prihatin hanya seinci,
Sekali pandang pun tak diberi.

Langit itu rendah, neraka itu....ahhhhhh
Fikir sendiri, cuba berdiri
Sakit sakit bakal datang sakit.
Marah, marah semakin marah.


Kembalikan hati-mu yang suci.




Iva Munira.