Thursday, March 22, 2012

Tanggal 22

Tidak kira apa jua kata yang terucap,
tindakan yang membuktikan sahih.
Maka dengan itu aku berdiri,
sambil memerhati kanan dan kiri,
cuba menilai segala yang tersaksi.

Aku berada di tahap suku hidup-ku,
atau mungkin separuh,
dan mungkin juga di penghujung.

Jangan terlalu cepat meneka, kata-nya.
Masa yang pendek masih boleh menunggu.
Asalkan niat itu wujud,
buat mengubah nasib yang buruk.

Ayuh maju lah ke hadapan,
namun jangan tinggalkan pengalaman.
Dengan itulah terbentuknya insan.


Harus ada keyakinan.



Iva Munira.

Wednesday, March 14, 2012

Gem

Lenyapkanlah anggapan-mu,
hanya kerana nasib yang tak sekata itu.
Segelap mana datang-nya hari,
Akan muncul sinar yang memberi.

Jika dilihat pada rupa-nya,
mungkin tandus sungguh jiwa.
Namun bukalah mata yang ada,
saksikan luka mereka juga.

Sekadar lara kerana cinta,
yang tak pasti hala tuju-nya,
Takkan mungkin mampu tandingi,
sakit perit tamat-nya maruah diri.





Iva Munira.

Friday, March 2, 2012

Endless


Apa jua makna-nya hidup,
jika mata mampu melihat,
telinga bisa mendengar,
akal mahir mentafsir,
tetapi hati itu buta?

Menapak semakin jauh,
langkah demi langkah,
disusuli petanda di sana sini,
tetap buntu dan hilang.

Hanyut sudahkah diri?
Aku teruskan pencarian yang tidak berpenghujung.





Iva Munira.