Monday, January 31, 2011

See No Evil, Hear No Evil, Speak No Evil = Do Evil?


Sudah sekian lama rasanya meninggalkan dunia berbahasa hari-harian. Jadi malam ini mari berseloka cara moden.


         Alhamdulillah. Kini aku sedang stabil menjalani latihan praktikal di sebuah agensi periklanan di ibu negara. Pada awalnya terasa ralat kerana suasana yang nyata berbeza dan profesional. Tetapi lama-kelamaan aku mula biasa dan bisa menyesuaikan diri. Aku wajib sujud syukur kepada Dia di atas kurniaan peluang ini kepada-ku. Sememangnya 'guru-ku' tegas dan tangkas menurunkan ilmu kepada anak murid-nya ini. Terima kasih SA di atas kerjasama dan ramah mesra. Aku akui betapa mudahnya aku patah semangat apabila dicemuh tetapi InsyaAllah bakal menjunjung kejayaan dengan ilmu di dada di masa hadapan.

      Cukup mengenai itu. Ingin aku berkongsi tentang hidup-ku yang serba menjadi-jadi mengikut hari. Disangkakan serik dan cukup matang, rupanya cabaran itu kental. Semakin aku lari, semakin dia mengekori. Ternyata pesan ibu itu benar belaka. Seboleh mungkin aku ingin menamatkan zaman bujang-ku dalam masa terdekat, dengan keadaan fizikal dan mental-ku yang berubah mengikut hormon setiap masa, menjadikan hidup itu lebih payah dan mencabar. Namun hidup hanya mampu dirancang, keputusannya terletak di tangan Dia. Lalu aku cuba memandang ke hadapan, dan menambah fokus pada kerjaya. Tidak aku sangka, cinta itu ada di mana-mana. Seperti yang telah dikhabarkan, aku kini kurang yakin dengan cinta. Bukan salah siapa, tetapi salah aku. Seboleh mungkin aku ingin menutup mata dan telinga, agar tidak tergoda dengan upacara zalim dunia. Aku ingin mata-ku memandang hanya dia, dia dan dia sahaja. Ahhhhhh.....mengecewakan sama sekali.

         Kalau dilihat dari segi kewangan, ternyata peri-ku ini akan kekal sama, tidak punya cita-cita. Sesungguhnya aku dan wang bukan sahabat hidup dan mati. Ibarat darah, wang itu mengalir di dalam tubuh-ku, cuma bezanya salur itu bocor, kerana wang itu terpercik keluar dan hilang tidak kelihatan. Ya hidup siapa yang tidak rumit? Usah lagi bohong dan mementingkan diri. Semuanya sama sahaja, tinggal lagi usaha dan keinginan yang berbeza.



KESIMPULAN: Tiada manusia yang mahukan hidup berpanau di mana-mana, lalu aku tanamkan harapan agar jari-jari ku dapat mengubah nasib itu, dengan bantuan akal yang jitu dan waras, serta hati yang setia dan cinta.





Iva Munira.

2 comments:

aidil dbahri said...

gile gemapk ko menulis. hahaha

IVMN said...

apa yang gempak? gila gempak kau boleh jumpa blog aku. hahaha